Additionally, paste this code immediately after the opening tag:

Ruqyah Syariah Perubatan Islam

Ruqyah adalah suatu perubatan dengan membacakan jampi-jampi dan sebenarnya sudah wujud semenjak zaman Jahill...

Free

Store review

Ruqyah adalah suatu perubatan dengan membacakan jampi-jampi dan sebenarnya sudah wujud semenjak
zaman Jahilliah lagi. Kemudian setelah ajaran Islam datang, Rasulullah s.a.w telah menetapkan Ruqyah yang
dibolehkan adalah Ruqyah yang mengikut Syariah Islam sahaja. Ruqyah Syariah adalah suatu perubatan
dengan cara membacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Ruqyah Syariah dilakukan oleh seorang muslim, baik untuk
tujuan penjagaan dan perlindungan diri sendiri atau orang lain, daripada pengaruh buruk, pandangan mata
manusia dan jin, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, dan berbagai penyakit fizikal, kebatinan serta hati.
Ruqyah adalah perubatan yang sudah ada di zaman Jahilliah dan ketika Muhammad s.a.w. diutus menjadi
Rasulullah, maka telah ditetapkanlah Ruqyah yang dibolehkan di dalam Islam. Allah telah menurunkan Surah
Al-Falaq dan An-Naas, dan salah satu fungsinya adalah sebagai pencegahan dan terapi bagi orang beriman
yang terkena sihir. Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca kedua surah tersebut
dan meniupkannya pada kedua tapak tangannya, mengusapkan pada kepala dan wajah serta anggota
badannya.

Last update

March 8, 2020

Read more